Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Bedong merupakan sebuah pekan kecil yang dan terletak 12km ke utara Sungai Petani, Kedah. Bedong merupakan Mukim Semeling yang terletak di dalam daerah Kuala Muda di negeri Kedah.

Majoriti penduduk dikawasan ini adalah melayu kemudian diikuti dengan india dan cina. Kawasan bedong dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti sekolah, masjid, balai polis, stesen petrol, klinik kesihatan, kedai makan, kedai runcit dan lain-lain kemudahan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Bengkel Pengenalan Projek Agriculture Flagship (Agf)-Fasa 1

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2017

Memberi pendedah tentang kegunaan portal dan aplikasi yang baru dibangunkan khas untuk sector pertanian... baca selanjutnya

Skrip ke Skrin 2017

Aktiviti Terkini | 7 - 8 November 2017

Pada 7 & 8 November 2017, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia telah mengadakan Bengkel Skrip Ke Skrin 2017 yang bertempat di USM... baca selanjutnya

Bengkel 3D Printer Up Mini

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2017

Program ini bertujuan untuk melatih peserta untuk berfikiran kreatif untuk menghasilkan lukisan menggunakan Sketchup Make 2017... baca selanjutnya

Bengkel Usahawan Menghasilkan Roti

Aktiviti Terkini | 15 September 2017

Program bermula dengan pendaftaran peserta pada pukul 9.00 pagi. Kemudian peserta diperkenalkan dengan pelbagai jenis... baca selanjutnya

Sambutan Kemerdekaan PI Bedong

Aktiviti Terkini | 24 & 26 Ogos 2017

Program bermula pada 25 Ogos iaitu program Bersama kanak-kanak tadika. Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama kanak-kanak tadika tersebut adalah mewarna secara... baca selanjutnya

Digi-Petrosains Robotic Program 2017:Young PI Inventors Challenge 2017(Qualifying Round)

Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2017

Program dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan pendaftaran pasukan-pasukan yang terlibat iaitu terdiri daripada 5 pasukan. Seterusnya, pemilihan giliran dipilih berdasarkan cabutan undian yang disediakan oleh pihak penganjur... baca selanjutnya

Sambutan Aidilfitri Bersama Komuniti PI

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2017

Jamuan disediakan untuk 200 orang jemputan. Selain para jemputan menikmati pelbagai jenis makanan yang dihidangkan, tetamu juga disediakan dengan aktiviti cabutan bertuah dan aktiviti klik dengan bijak... baca selanjutnya

Tadarus Digital Al-Quran

Aktiviti Terkini | 16 Jun 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk mengajak peserta untuk menyayangi serta mendekatkan diri dengan Al-Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini. Selain itu, dengan adanya program ini, peserta dapat belajar serta membetulkan bacaan Al-Quran masing-masing... baca selanjutnya

Majlis Perasmian PI Bedong dan Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia

Aktiviti Terkini | 17 Mei 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk merasmikan Pusat Internet Bedong serta untuk memperkenalkan pusat internet ini kepada orang ramai. Selain itu, Majlis ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai fungsi dan peranan pusat internet kepada komuniti setempat. Tambahan lagi dengan adanya majlis ini, hubungan silaturrahim antara komuniti dan masyarakat dapat dieratkan... baca selanjutnya

MEMBUAT KAD UCAPAN SEMPENA HARI GURU

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk melatih para peserta supaya berfikir secara kreatif untuk menghasilkan kad ucapan untuk diberikan kepada guru bersempena hari guru pada 16 Mei. Peserta guna dapat mengeratkan silaturrahim diantara staff dan peserta lain semasa aktiviti dijalankan. Selain itu, peserta juga dapat memupuk sikap positif iaitu sikap untuk menghargai jasa guru yang mendidik mereka selama ini....baca selanjutnya

Gotong Royong Membersihkan Kawasan PI Bedong

Aktiviti Terkini | 29 April 2017

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim serta ukhuwah diantara staff dan penduduk setempat di kawasan PI Bedong. Dalam pada itu, dengan adanya aktiviti ini, pusat internet ini dapat menarik... baca selanjutnya

Ekspresi Negaraku (Klik Dengan Bijak)

Aktiviti Terkini | 8 April 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang cara untuk menggunakan internet dengan bijak. Selain itu, dengan adanya program ini, fungsi Pusat internet 1 Malaysia juga dapat diperkenalkan kepada masyarakat... baca selanjutnya

'Digi-Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 28 - 30 Mac 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik... baca selanjutnya

Mesyuarat Perlantikan Jawatankuasa PI Bedong

Aktiviti Terkini | 10 Mac 2017

Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk mewujudkan perhubungan dan perbincangan dalam kumpulan untuk mendapat kata sepakat bagi mendapat kerjasama dan melicinkan aktiviti yang dirancangkan. Selain itu, mesyuarat diadakan... baca selanjutnya

Program Latihan Staff Wilayah Utara 2017

Aktiviti Terkini | 1 Mac - 2 Mac 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada staff lama dan baru cara untuk menguruskan Pusat Internet dengan lebih berkesan. Program ini juga bertujuan untuk memperbaiki... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti