Bengkel Usahawan Menghasilkan Roti

15 September 2017 | Jumaat
9.00 pagi – 1.00 petang | Dewan Bersebelahan Pusat Internet 1Malaysia Bedong, Kedah

Tujuan:
• Program ini bertujuan untuk menggalakkan penduduk untuk kreatif menghasilkan roti bagi tujuan perniaagaan.
• Program ini juga dapat menambahkan pengetahuan peserta untuk merancang perniaagaan di masa hadapan.
• Selain itu, dengan adanya program ini, penduduk setempat akan sentiasa datang berkunjung di pusat internet ini.

Kelebihan:
• Dapat berfikir secara kreatif.
• Dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan peserta.
• Dapat menarik minat penduduk untuk datang ke pusat internet.

Penglibatan:
Pengunjung program.

Perlaksanaan aktiviti:
Program bermula dengan pendaftaran peserta pada pukul 9.00 pagi. Kemudian peserta diperkenalkan dengan pelbagai jenis bahan dan Teknik-teknik untuk menghasilkan roti. Peserta diberi peluang mencuba untuk menghasilkan pelbagai jenis bentuk roti. Disamping itu, peserta juga diberi pendedahan untuk menjadi usahawan pada masa akan dating. Akhir program peserta dijamu dengan makanan tengah hari yang disediakan.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama