Ekspresi Negaraku( Klik Dengan Bijak )

8 April 201 | Sabtu
8.00 pagi – 6.00 petang | Perkarangan Aman Jaya Mall Sungai Petani

Tujuan:
Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang cara untuk menggunakan internet dengan bijak. Selain itu, dengan adanya program ini, fungsi Pusat internet 1 Malaysia juga dapat diperkenalkan kepada masyarakat.

Kelebihan:
1. Memberi pendedahan mengenai internet dan cara untuk menngunakan internet secara selamat.
2. Dapat memperkenalkan fungsi Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat setempat.
3. Menggalakkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada semasa berinteraksi dalam talian.
4. Untuk memupuk masyarakat untuk menggunakan teknologi secara bijak.

Penglibatan:
Staf-staf PI1M

Butir-butir aktiviti:
Program Ekspresi Negaraku merupakan inisiatif kepada rakyat bagi menzahirkan rasa cinta pada Malaysia dalam tujuan memupuk semangat patriotisme, kebanggaan, kecintaan dan aspirasi terhadap negara. Jadi, Pusat Internet 1 Malaysia Bedong telah terpilih untuk membantu pihak SKMM untuk menyediakan booth klik dengan bijak bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang penggunaan teknologi secara bijak dan berhemah bersempena program tersebut. Booth dibuka bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung bagi memeriahkan program tersebut. Hadiah dan cenderahati diberikankan kepada peserta aktiviti serta pengunjung yang melawat booth.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:









Kembali ke halaman utama