Gotong Royong Membersihkan Kawasan PI1M Bedong

29 April 201 | Sabtu
10.00 pagi – 12.00 tengahari | Pusat Internet 1Malaysia Bedong

Tujuan:
Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim serta ukhuwah diantara staff dan penduduk setempat di kawasan PI1M Bedong. Dalam pada itu, dengan adanya aktiviti ini, pusat internet ini dapat menarik penduduk setempat untuk datang kesini. Disamping itu, pusat internet ini akan lebih bersih dan meriah dengan kehadiran penduduk setempat.

Kelebihan:
1. Matlamat utama program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim diantara staff dan penduduk setempat serta untuk membersihkan pusat internet ini untuk tujuan menarik penduduk setempat supaya datang ke pusat ini.
2. Program ini dapat menarik minat penduduk setempat untuk datang ke PI1M Bedong.
3. Program ini juga dapat mengajar peserta supaya bekerja didalam kumpulan.

Penglibatan:
Pengunjung program

Butir-butir aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan taklimat oleh pengurus Pusat Internet Bedong, Nur Hafiza binti Bashiron. Kemudian peserta diberikan kumpulan mengikut tugasan yang akan diberikan. Peserta diberikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan untuk membersihkan tandas, mengutip sampah dikawasan lapang dibahagian luar pusat internet serta membersihkan kawasan didalam pusat internet. Diakhir aktiviti, peserta dijamu dengan makanan ringan.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:













Kembali ke halaman utama