Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Bedong merupakan sebuah pekan kecil yang dan terletak 12km ke utara Sungai Petani, Kedah. Bedong merupakan Mukim Semeling yang terletak di dalam daerah Kuala Muda di negeri Kedah.
Majoriti penduduk dikawasan ini adalah melayu kemudian diikuti dengan india dan cina. Kawasan bedong dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti sekolah, masjid, balai polis, stesen petrol, klinik kesihatan, kedai makan, kedai runcit dan lain-lain kemudahan.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020Hari Terbuka Pusat Internet Bedong
Aktiviti Terkini | 1 Disember 2018Program Hari Terbuka Pusat Internet (PI) Bedong merupakan satu program yang diadakan setahun sekali bagi tujuan untuk mempromosikan PI Bedong disamping dapat mengeratkan... baca selanjutnya
Expo Kemahiran & Transisi Kerjaya Murid Berkeperluan Khas Peringkat Negeri
Aktiviti Terkini | 12 - 13 November 2018Pusat Internet Bedong telah terpilih untuk membantu pihak SMPKV untuk menyediakan booth klik dengan bijak bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang penggunaan teknologi secara... baca selanjutnya
Roadshow Digi Pusat Internet bersama Komuniti
Aktiviti Terkini | 5 Oktober 2018Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan handphone Vivo Y53 beserta kad sim serta pakej internet percuma digi selama 3 bulan kepada komuniti. Promosi tersebut dijalankan untuk... baca selanjutnya
Gotong Royong PI Bedong 2018
Aktiviti Terkini | 29 September 2018Program bermula pada 29 September iaitu pada pukul 9.30 pagi. Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah membersihkan Kawasan pusat internet iaitu mengutip sampah serta menyapu Kawasan pusat internet... baca selanjutnya
Sambutan Kemerdekaan Pi Bedong 2018
Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2018Program bermula pada 17 Ogos iaitu pada pukul 2.30 petang. Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah mewarna secara online, kuiz kemerdekaan, teka silang kata dan kibaran jalur gemilang. Diakhir program... baca selanjutnya
Sambutan Aidilfitri 2018
Aktiviti Terkini | 13 Julai 2018Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan aidilfitri bersama komuniti setempat disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan staff dan penduduk setempat... baca selanjutnya
Program Sampul Raya Dan Penghasilan Kad Raya Digital
Aktiviti Terkini | 8 & 13 Jun 2018Program penghasilan kad raya digital dan program sampul raya diadakan sempena menyambut perayaan aidilfitri. Program ini diadakan untuk menarik minat penduduk setempat... baca selanjutnya
Program Bantuan Mangsa Banjir Bersama PI Utara - Digi
Aktiviti Terkini | 3 Jun 2018Dapat menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir berbentuk pakaian, makanan dan wang tunai dan membantu membersihkan rumah mangsa banjir dan kawasan sekitar... baca selanjutnya
Kelas Basic ICT
Aktiviti Terkini | Sepanjang Bulan Mei 2018Kelas ICT diadakan pada setiap Jumaat dan Sabtu sepanjang bulan Mei. Peserta didedahkan dengan kelas basic computer yang berlainan setiap minggu... baca selanjutnya
Program Keusahawanan
Aktiviti Terkini | 28 April 2018Aktiviti bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada puku 1.00 petang. Peserta didedahkan mengenai cara untuk menghasilkan FB page bagi mempromosikan perniagaan mereka... baca selanjutnya
Karnival Sehati @ RTM
Aktiviti Terkini | 15 - 17 Mac 2018Aktiviti berlangsung selama 3 hari. Booth SKMM menyediakan pelbagai aktiviti seperti Klik dengan Bijak, mempromosi barang-barang usahawan Pusat Internet Kluster Sungai Petani,... baca selanjutnya
Kursus Jangka Pendek Keluarga Sejahtera
Aktiviti Terkini | 27 Februari 2018Kursus Jangka Pendek ini diadakan untuk melatih peserta untuk menghasilkan biskut. Peserta diajar cara untuk menyediakan biskut secara mudah dan sedap. Akhir program diadakan cabutan bertuah bagi para peserta... baca selanjutnya
Kursus Modul Asas ICT(Media Sosial)
Aktiviti Terkini | 24 - 25 Februari 2018Kursus ini diadakan untuk melatih guru kafa yang dipilih oleh Jabatan Agama Islam Daerah Kuala Muda untuk belajar mengenai asas ICT. Kursus ini dijalankan selama 2 hari... baca selanjutnya
Program Dai’e Digital(Media Sosial)
Aktiviti Terkini | 10 - 11 Februari 2018Program daie digital (media social) anjuran SKMM dan JAKIM untuk guru-guru KAFA. Program ini dilaksanakan di Pusat Internet di bawah kluster Sungai Petani iaitu Kota Kuala Muda, Gurun, Sungai Pial, Lembah Bujang, Bedong dan Paya Nahu. Program berlangsung selama 2 hari... baca selanjutnya
Bengkel Pengenalan Agriculture Flagship(AgF) & Aplikasi Mudah Alih(m@Agro)
Aktiviti Terkini | 17 Januari 2018Menyediakan maklumat dari kementerian kepada orang awam dan memudahkan komunikasi antara agropreneur dan pegawai pengembang masing-masing... baca selanjutnya
Mesyuarat Bersama AJK PI Bedong 2018
Aktiviti Terkini | 5 Januari 2018Untuk selaraskan dan membincangkan bidang tugas jawatankuasa dan kegiatan seperti yang telah dirancang supaya dilaksanakan dengan berkesan di samping menyebar maklumat dan rancangan baru kepada mesyuarat atau ahli secara khususnya... baca selanjutnya