Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PIK menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Bedong merupakan sebuah pekan kecil yang dan terletak 12km ke utara Sungai Petani, Kedah. Bedong merupakan Mukim Semeling yang terletak di dalam daerah Kuala Muda di negeri Kedah.

Majoriti penduduk dikawasan ini adalah melayu kemudian diikuti dengan india dan cina. Kawasan bedong dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti sekolah, masjid, balai polis, stesen petrol, klinik kesihatan, kedai makan, kedai runcit dan lain-lain kemudahan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2023

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2023

Tujuan program tersebut adalah untuk menanam sifat patriotik peserta serta memupuk semangat cintakan negara..................baca selanjutnya

KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK (KKJP) KOMPUTER KOLOBRASI KEMAS BERSAMA PEDi BEDONG

Aktiviti Terkini | 30 & 31 Julai 2023

Tujuan program ini adalah untuk memberi bimbingan dan latihan kepada peserta untuk mempelajari aplikasi yang berkaitan untuk membantu peserta memasarkan produk secara atas talian secara berkesan.................baca selanjutnya

PROGRAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN NCER-SIRIM

Aktiviti Terkini | 3 Julai 2023

Tujuan program ini adalah untuk memberi bimbingan dan latihan kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam menambahbaik kualiti produk serta pengurusan kewangan dan pasaran.................baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 12 Jun 2023

Tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai permainan dalam talian secara berhemah melalui internet dan mengenai buli siber................baca selanjutnya

HARI KOMUNITI PEDi KOTA KUALA MUDA DAN KLUSTER SUNGAI PETANI

Aktiviti Terkini | 3 Jun 2023

Tujuan program ini adalah untuk membudayakan elemen digital dan pendidikan dalam kalangan komuniti setempat melalui penyebaran maklumat berkaitan inisiatif serta perkhidmatan yang disediakan untuk rakyat................baca selanjutnya

PROGRAM KITAR PEDi BEDONG

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2023

Tujuan program ini adalah untuk menerangkan mengenai program KITAR yang merupakan inisiatif dari MCMC untuk memberi kesedaran untuk mengitar semula peranti lama yang tidak digunakan supaya dapat dilupuskan dengan cara selamat...............baca selanjutnya

PROGRAM SAMPUL RAYA

Aktiviti Terkini | 15 April 2023

Tujuan program ini adalah untuk memeriahkan PEDi bersempena perayaan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada bulan ini..............baca selanjutnya

PROGRAM SUKANEKA BERSAMA ADIK PEDi

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2023

Tujuan program ini adalah untuk memeriahkan PEDi semasa musim cuti sekolah dan menyediakan aktiviti yang berfaedah untuk dilakukan oleh adik-adik PEDi.............baca selanjutnya

PROGRAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN ENTREPRENEUR NCER-SIRIM

Aktiviti Terkini | 2 Februari 2023

Tujuan program ini adalah untuk memberi bimbingan dan latihan kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam menambahbaik kualiti produk serta pengurusan kewangan dan pasaran............baca selanjutnya

PROGRAM LUKISAN DIGITAL

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2023

Tujuan program ini adalah untuk mengajar peserta melukis menggunakan aplikasi ‘paint’ disamping menyerlahkan kreativiti masing-masing semasa melukis..........baca selanjutnya

PROGRAM GO DIGITAL SHOPEE

Aktiviti Terkini | 13 Januari 2023

Tujuan program ini adalah untuk membantu usahawan menyediakan kedai shopee untuk memudahkan usahawan berniaga secara atas talian.........baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti lagi berita & aktiviti