MEMBUAT KAD UCAPAN SEMPENA HARI GURU

Aktiviti terkini | 13 Mei 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Bedong

Tujuan :
Tujuan utama program ini adalah untuk melatih para peserta supaya berfikir secara kreatif untuk menghasilkan kad ucapan untuk diberikan kepada guru bersempena hari guru pada 16 Mei. Peserta guna dapat mengeratkan silaturrahim diantara staff dan peserta lain semasa aktiviti dijalankan. Selain itu, peserta juga dapat memupuk sikap positif iaitu sikap untuk menghargai jasa guru yang mendidik mereka selama ini.

Aktiviti Berkaitan:
Aktiviti dimulakan dengan taklimat untuk menghasilkan kad ucapan 3D menggunakan kertas. Kemudian peserta diajar cara menghasilkan bunga sebagai hiasan kad ucapan. Selepas itu, peserta mula menghias kad ucapan yang dihasilkan untuk diberikan kepada guru mereka.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Matlamat utama program ini adalah supaya peserta berfikir lebih kreatif.
• Program ini jugak dapat mengajar peserta untuk menghargai jasa guru yang mendidik bersempena hari guru.
• Program ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk datang ke PI1M Bedong.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :