Program Latihan Staff Wilayah Utara 2017

1 Mac - 2 Mac 2017 | Rabu - Khamis
9.00 pagi – 6.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Bedong

Tujuan:
Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada staff lama dan baru cara untuk menguruskan Pusat Internet 1 Malaysia dengan lebih berkesan. Program ini juga bertujuan untuk memperbaiki prestasi staff dengan menigkatkan kebolehan staff untuk melakukan tugas mereka supaya objektif-objektif organisasi tercapai. Disamping itu, dengan adanya program ini, prestasi kerja staff pusat internet juga dapat dimantapkan lagi. Selain itu, Program ini jugak dapat mendidik staff baru mengenai kemahiran asas yang diperlukan dalam melaksanakan tugas untuk menguruskan PI1M.

Kelebihan:
- Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada staff lama dan baru cara untuk memantapkan lagi prestasi kerja masing-masing.
- Program ini juga bertujuan untuk memperbaiki prestasi staff dengan menigkatkan kebolehan staff untuk melakukan tugas mereka supaya objektif-objektif organisasi tercapai.
- Program ini jugak dapat mendidik staff baru mengenai kemahiran asas yang diperlukan dalam melaksanakan tugas.

Penglibatan:
Staf-staf PI1M

Butir-butir aktiviti:
- Program ini berlangsung selama dua hari bermula pada 1 Mac 2017 sehingga 2 Mac 2017 yang bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Bedong. Seramai 30 peserta yang terlibat terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus dari 15 PI1M wilayah utara. Pada hari pertama program, peserta didedahkan dengan cara untuk menguruskan PI1M serta peranan dan tanggungjawab sebagai staff PI1M dan penyediaan laporan- laporan yang berkaitan. Pada hari kedua, para peserta diberi taklimat Health, Safety, Security and Environment (HSSE) oleh Mr. Raj. Kemudian, terdapat sesi perbincangan dan soal jawab bersama pegawai SKMM iaitu Puan Lina dan Mrs. Chiew Lee wakil dari Digi. Program kemudian diteruskan dengan taklimat kemahiran bercakap, pembentangan dan soft skills. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan tutorial bahagian teknikal yang dikendalikan oleh Encik Faizul dari CCM. Akhir program, peserta diberikan sijil tamat kursus.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





















Kembali ke halaman utama