Digi-Petrosains Robotic Program 2017:Young Pi1m Inventors Challenge 2017(Qualifying Round)

6 Ogos 2017 | Ahad
8.30 pagi – 2.30 petang | Pusat Internet 1Malaysia Bedong, Kedah

Tujuan:
• Program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk berfikir secara logik dan sistematik melalui modul melibatkan pengaturcaraan(coding), pemasangan peralatan elektronik/mekanikal, dan pengendalian robot.

Kelebihan:
• Program ini juga diadakan bagi memilih 2 pasukan yang layak untuk bertanding ke peringkat kebangsaan.
• Selain itu, pasukan yang bertanding dapat berfikiran kreatif dan lebih berinovasi dalam mencipta robot.

Penglibatan:
Para pelajar.

Nama VIP:
1). Tn. Hj. Hafiz bin Mohd Salleh(Wakil dari JPN).
2). Tan Chiew Lee (Wakil dari Digi).

Perlaksanaan aktiviti:
Program dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan pendaftaran pasukan-pasukan yang terlibat iaitu terdiri daripada 5 pasukan. Seterusnya, pemilihan giliran dipilih berdasarkan cabutan undian yang disediakan oleh pihak penganjur.Kemudian peserta diberikan taklimat mengenai proses untuk para juri menilai robot yang telah disediakan oleh pasukan yang bertanding. Proses penilaian juri adalah berdasarkan dari 3 orang juri yang terlibat iaitu wakil dari petrosains, wakil dari JPN dan wakil dari Digi. Diakhir program, hanya 2 pasukan sahaja yang dipilih untuk mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. 2 pasukan yang berjaya mara untuk peringkat kebangsaan adalah pasukan dari SMK Bedong dan SMK Seri Badong.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:













Kembali ke halaman utama