Majlis Perasmian PI1M Bedong dan Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia

17 Mei 2017 | Rabu
8.00 pagi – 5.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Bedong

Tujuan:
Tujuan utama program ini adalah untuk merasmikan Pusat Internet 1 Malaysia Bedong serta untuk memperkenalkan pusat internet ini kepada orang ramai. Selain itu, Majlis ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai fungsi dan peranan pusat internet kepada komuniti setempat. Tambahan lagi dengan adanya majlis ini, hubungan silaturrahim antara komuniti dan masyarakat dapat dieratkan.

Kelebihan:
1. Matlamat utama program ini adalah untuk merasmikan Pusat Internet 1 Malaysia Bedong.
2. Program ini juga dapat memperkenalkan pusat internet ini kepada orang ramai serta dapat memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai fungsi dan peranan pusat internet kepada komuniti setempat.
3. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara komuniti dan masyarakat.

Penglibatan:
Penduduk tempatan

Nama VIP:
1. YB Dato’ Jailani bin Johari (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Komunikasi dan Mutimedia)
2. YBHG Datin Puan Siti Nurbiha Dato’ Mohd Bisharuddin (isteri Kepada YBTM)
3. En. Ismail bin Haji Othman (Ketua Wilayah Utara MCMC)
4. Mr. Eugene The (Digi Chief Corporate Affairs Officer)
5. Dato’ Hjh Normah binti Awang (Ketua Wanita Umno Bahagian Jerai)
6. Mejar ( B ) Halim bin Hamid (JKKK Taman Rasa Sayang merangkap Ketua Biro Penerangan Bahagian Jerai)

Butir-butir aktiviti:
Majlis dimulakan dengan aktiviti sukaneka bersama pelajar tadika yang berdekatan dengan pusat internet. Majlis diteruskan dengan perasmian oleh YB Dato’ Jailani Bin JohariTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Kemudian, majlis diteruskan dengan lawatan ke dalam pusat internet untuk melihat aktiviti-aktiviti lain. Antaranya adalah showcase robotik oleh petugas PI1M Kedah, showcase 3D Printer, showcase e-Learning serta taklimat ringkas mengenai pusat internet oleh pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Bedong. Majlis diteruskan dengan majlis tandatangan plak perasmian dan buku pelawat serta sesi bergambar dan sidang Media. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan untuk memeriahkan majlis antaranya sukaneka ping-pong, kerusi berirama, cabutan bertuah dan lain-lain aktiviti.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:













Video



Kembali ke halaman utama