Tadarus Digital Al-Quran
16 Jun 2017 | Jumaat
3.00 petang – 5.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Bedong
Tujuan:
Tujuan utama program ini adalah untuk mengajak peserta untuk menyayangi serta mendekatkan diri dengan Al-Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini. Selain itu, dengan adanya program ini, peserta dapat belajar serta membetulkan bacaan Al-Quran masing-masing.
Kelebihan:
1. Matlamat utama program ini adalah supaya peserta dapat memahami Al-Quran dengan lebih jelas.
2. Program ini jugak dapat mengajar peserta untuk melancarkan serta membetulkan bacaan Al-Quran masing-masing.
3. Program ini dapat menarik penduduk untuk mengunjungi PI1M Bedong di bulan Ramadhan.
Penglibatan:
Penduduk tempatan
Butir-butir aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan taklimat kepada para peserta. Seramai 22 orang peserta yang terlibat. Selepas sesi taklimat, peserta mula untuk membacakan surah Al-Quran yang terpilih didalam www.surah.my . Diakhir program, para peserta diberikan cenderahati sebagai penghargaan.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: