Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Bedong merupakan sebuah pekan kecil yang dan terletak 12km ke utara Sungai Petani, Kedah. Bedong merupakan Mukim Semeling yang terletak di dalam daerah Kuala Muda di negeri Kedah.
Majoriti penduduk dikawasan ini adalah melayu kemudian diikuti dengan india dan cina. Kawasan bedong dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti sekolah, masjid, balai polis, stesen petrol, klinik kesihatan, kedai makan, kedai runcit dan lain-lain kemudahan.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020KELAS ADVANCED OBS STUDIO
Aktiviti Terkini | 27 Disember 2020Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan yang lebih kepada peserta untuk mempelajari ilmu OBS menggunakan aplikasi komputer untuk bersiaran secara langsung di media sosial....baca selanjutnya
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMPENA TEMPOH PKPB
Aktiviti Terkini | 15 - 21 November 2020Sempena Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB), Pusat Internet Bedong tidak dapat menjalankan aktiviti dan kelas secara bersemuka. Jadi, Pusat Internet Bedong telah mengadakan siaran langsung dan memuat turun video melalui Facebook pada setiap minggu dalam tempoh PKPB untuk memudahkan komuniti belajar secara dalam talian. ...baca selanjutnya
AKTIVITI BERSAMA MIV PUSAT INTERNET BEDONG
Aktiviti Terkini | 1 - 30 November 2020MIV adalah program sukarelawan ICT yang berhasrat untuk menganjurkan sumber sukarelawan untuk membantu pelbagai komuniti di kawasan-kawasan yang dikenal pasti dalam kerja-kerja yang memberi tumpuan kepada penggunaan peralatan ICT dan pembangunan ICT dalam masyarakat. ...baca selanjutnya
PROGRAM KEMAHIRAN PEMBELAJARAN DIGITAL MASA DEPAN (FUTURE SKILLS LEARNING) : SIRI MICROBIT
Aktiviti Terkini | 1 - 31 Oktober 2020Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menguasai modul-modul pembelajaran digital baru disamping memperkukuhkan kemahiran ‘Computational Thinking’....baca selanjutnya
PROGRAM BICARA KLIK DENGAN BIJAK (LIVE FACEBOOK)
Aktiviti Terkini | 12 & 18 September 2020Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang cara penggunaan internet dengan bijak....baca selanjutnya
UPSKILLING PI STAF – LIVE USING OBS STUDIO
Aktiviti Terkini | 9 Ogos 2020Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari ilmu baru menggunakan aplikasi komputer untuk bersiaran secara langsung di media sosial....baca selanjutnya
TAKLIMAT PENCEGAHAN KEBAKARAN SECARA DALAM TALIAN
Aktiviti Terkini | 19 Julai 2020Matlamat utama program ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai kebakaran serta cara pencegahan kebakaran....baca selanjutnya
PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya
PROGRAM GOTONG ROYONG
Aktiviti Terkini | 28 Februari 2020Program ini dapat menarik minat penduduk setempat untuk datang ke PI Bedong....baca selanjutnya
TEMUDUGA TERBUKA BERSAMA JOBSMALAYSIA DAN PROTON
Aktiviti Terkini | 9 Jan 2020Tujuan utama program ini adalah untuk membuka peluang kepada komuniti setempat untuk mencari pekerjaan....baca selanjutnya