AKTIVITI BERSAMA MIV PUSAT INTERNET BEDONG

Aktiviti terkini | 1 - 31 November 2020

Tempat Aktiviti:
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Merbok

Tujuan :
• MIV adalah program sukarelawan ICT yang berhasrat untuk menganjurkan sumber sukarelawan untuk membantu pelbagai komuniti di kawasan-kawasan yang dikenal pasti dalam kerja-kerja yang memberi tumpuan kepada penggunaan peralatan ICT dan pembangunan ICT dalam masyarakat.
• Program MIV akan dapat meningkatkan program celik digital di seluruh negara.
• Objektif MIV pada tahun 2020 adalah bagi memerangi penyebaran berita palsu dan mempromosikan tingkahlaku dan tanggungjawab yang positif seperti “bercakap benar”, “bijak menilai”, “beringat bila bercakap”.
• Jadi, Sukarelawan MIV dibawah Pusat Internet Bedong telah menjalankan aktiviti sukarelawan sepanjang program MIV berlangsung untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai objektif tersebut.

Kelebihan Aktiviti :
• Menyampaikan mesej advokasi MCMC kepada komuniti melalui perkongsian didalam media sosial atau kelas secara bersemuka.
• Mengajak komuniti untuk “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong" dengan cara iaitu secara atas talian atau berkumpulan.
• Dapat mendidik orang ramai tentang penyebaran berita palsu dan menyemak maklumat yang sahih melalui sebenarnya.my.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :