Sambutan Kemerdekaan Pi Bedong 2018

17 Ogos 2018 | Jumaat
2.30 petang - 5.30 petang | Pusat Internet Bedong, Kedah

Tujuan:
• Program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk cintakan negara serta memupuk sikap patriotik dikalangan peserta.
• Program ini juga dapat menambahkan keyakinan dalam diri peserta serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara peserta.
• Selain itu, dengan adanya program ini, penduduk setempat akan sentiasa datang berkunjung di pusat internet ini.

Kelebihan:
• Dapat memupuk semangat cintakan negara.
• Dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan peserta.
• Dapat menarik minat penduduk untuk datang ke pusat internet.

Penglibatan:
• Para peserta.

Perlaksanaan Aktiviti:
Program bermula pada 17 Ogos iaitu pada pukul 2.30 petang. Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah mewarna secara online, kuiz kemerdekaan, teka silang kata dan kibaran jalur gemilang. Diakhir program peserta disediakan hadiah untuk setiap pertandingan.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama