Kursus Jangka Pendek Keluarga Sejahtera

27 Februari 2018 | Selasa
8.00 pagi - 5.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Bedong, Kedah

Tujuan:
Mengajar peserta untuk terlibat menjadi usahawan serta menghasilkan biskut yang mudah dan sedap.

Kelebihan:
• Dapat mempelajari memahiran membuat biskut serta pendedahan mengenai cara untuk menjadi usahawan.
• Dapat pendedahan untuk menggunakan teknologi secara bijak.
• Dapat menarik minat penduduk untuk ke Pusat Internet.

Penglibatan:
Para peserta.

Nama VIP:
Mejar (B) Halim bin Hamid(JKKK Taman Rasa Sayang)

Perlaksanaan Aktiviti:
Kursus Jangka Pendek ini diadakan untuk melatih peserta untuk menghasilkan biskut. Peserta diajar cara untuk menyediakan biskut secara mudah dan sedap. Akhir program diadakan cabutan bertuah bagi para peserta.

Aktiviti Berkaitan:
Aktiviti bermula dengan Tazkirah kemudian diteruskan dengan penghasilan biskut. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan slot Klik dengan Bijak. Akhir program peserta disediakan dengan aktiviti cabutan bertuah.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama