KURSUS USAHAWAN AGROBAZAAR ONLINE
Aktiviti terkini | 21 Mac 2022Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Bedong
Nama VIP :
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
Pihak FAMA menjalankan kursus Agrobaazar online kepada usahawan untuk menggunakan platform Agrobaazar secara dalam talian. Agrobazaar online merupakan platform pemasaran maya produk pertanian dan agro-makanan yang menemukan pengeluar, pengilang, pembekal dan pengguna.
Tujuan :
• Tujuan perkongsian adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari platform agrobazaar online untuk memasarkan produk pertanian dan agro-makanan.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula dengan pendaftaran para peserta dan kursus bermula pada pukul 10.00 pagi.
Kelebihan Aktiviti :
• Pendedahan kepada peserta mengenai Agrobazaar online iaitu platform pemasaran maya produk pertanian dan agro-makanan yang menemukan pengeluar, pengilang, pembekal dan pengguna.
• Dapat mewujudkan komuniti atas talian untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat tani.
• Dapat mempromosikan PEDi Bedong kepada komuniti dan memanfaatkan kemudahan yang terdapat di PEDi Bedong.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :