PPERKONGSIAN SIARAN LANGSUNG PAKEJ PERANTI DAN REMAJA KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti terkini | 16 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Bedong

Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Bedong di mana pihak PIK Bedong membuat perkongsian mengenai Pakej Keluarga Malaysia dan Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang merupakan inisiatif Digi bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk menyediakan sambungan 4G kepada seluruh rakyat Malaysia.


Tujuan :
• Tujuan perkongsian adalah untuk mewar-warkan kepada semua mengenai pakej tersebut yang dapat memberi faedah dan kebaikan kepada golongan yang layak untuk tawaran tersebut .


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 10:00 Pagi: Tayangan secara Langsung di “ Facebook Page “ Pusat Internet Komuniti Bedong


Kelebihan Aktiviti :
• Perkongsian mengenai Pakej Peranti Keluarga Malaysia sebagai sebuah inisiatif yang membolehkan semua warganegara Malaysia untuk memiliki/menaik taraf peranti mudah alih terpilih yang bertaraf 4G VoLTE secara percuma.
• Perkongsian Pakej Remaja Keluarga Malaysia sebagai sebuah inisiatif bagi membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses internet untuk pembelajaran dalam talian serta mempertingkatkan produktiviti.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :