PROGRAM PEMERKASAAN & KELESTARIAN PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA BAGI KLUSTER NEGERI KEDAH

Aktiviti terkini | 3 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
ASEANIA RESORT LANGKAWI

Nama VIP :
YB Wan Romani Wan Salin - Exco Komunikasi Negeri Kedah.


Ringkasan Aktiviti :
Program berlangsung selama 3 hari 2 malam yang diadakan di Aseania Resort, Langkawi. Seramai 73 staf dari kluster negeri Kedah telah menghadiri program ini. Program dirasmikan oleh YB Wan Romani Wan Salin iaitu Exco Komunikasi Negeri Kedah.


Tujuan :
• Taklimat mengenai Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi yang kini telah ditransformasi dengan tujuan mengukuhkan ekonomi digital setempat bagi semua lapisan masyarakat.
• Memberi latihan mengenai Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK)
• Latihan dan taklimat kepada staff dari pelbagai agensi seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pos Malaysia, MDEC, Amanah Ikhtiar dan lain-lain.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Staff mendapat taklimat yang berkaitan bagi memantapkan kemahiran bagi menguruskan PEDi


Kelebihan Aktiviti :
• Memahami konsep PEDi yang telah ditransformasi bagi mengukuhkan ekonomi digital setempat.
• Peserta dapat menambah kemahiran untuk membantu komuniti.
• Dapat bekerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi untuk membantu komuniti setempat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :