Perhimpunan Perpaduan Demi Negara Rukun Tetangga Dan Persatuan Penduduk

30 Mac 2019 | Sabtu
8.30 pagi - 1.00 petang | SMPKV Merbok, Kedah

Tujuan:
• Melibatkan Pusat Internet dengan Program luar Bersama Jabatan Kerajaan dan komuniti.
• Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada peserta tentang bahaya nya menyebarkan sesuatu perkara sebelum semak.
• Memupuk persefahaman dan meningkatkan kerjasama antara organisasi.
• Mengetengahkan isu isu semasa supaya peserta lebih berwaspada dalam melayari internet.

Kelebihan:
• Salah satu Program luar Pusat Internet yang dijalankan bersama Jabatan Kerajaan.
• Dapat menjalinkan hubungan baik dan mengeratkan silaturahin antara peserta yang berbilang kaum.
• Program seumpama ini dapat dijadikan sebagai satu platform untuk program lain dan kerjasama pada masa akan datang.

Penglibatan:
Penduduk setempat.

Nama VIP:
YB Senator Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy(Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)(Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Rakyat).

Perlaksanaan Aktiviti:
SKMM bersama Petugas PI Kluster Sg Petani telah dijemput untuk memberi ceramah untuk program perhimpunan perpaduan demi negara rukun tetangga dan persatuan penduduk (zon utara) yang bertempat di MRSM Merbok.

Pada jam 8.30 pagi, para peserta mula tiba dan mendaftarkan diri di MRSM Merbok. Peserta terdiri daripada warga Kawasan Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk daripada Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Program bermula pada jam 9.00 pagi yang di kendalikan oleh Bahagian Perancangan Ekonomi (UPEN) Negeri Kedah yang berkisarkan tentang Program Kesejahteraan Rakyat.

Seterusnya sesi kedua yang merangkumi tentang penulisan sensitive di media siber dari konteks undang – undang, yang disampaikan oleh Pejabat Penasihat Undang- undang Negeri Kedah.

Sesi ketiga iaitu sesi terakhir di sampaikan oleh SKMM, Pn Norazlina Nordin, yang diberi tajuk ‘Semak sebelum sebar’ yang merangkumi dua aspek iaitu ‘Berkongsi secara berlebihan’ dan ‘Maklumat Palsu’. Antara perkara yang telah disampaikan ialah penekanan mengenai untuk menyemak sesuatu perkara atau maklumat terlebih dahulu sebelum menyebarkannnya.

Pada jam 12.00 Tgh hari, semua peserta menyambut ketibaan YB Senator Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) dan semua hadirin menyanyikan lagu Negaraku dan Perpaduan Bangsa. Seterusnya bacaan doa dan ucapan alu aluan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. (PERPADUAN) Negeri Kedah diikuti dengan Ucapan Perasmian oleh YB Senator Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) Majlis berakhir dengan lafaz ikrar kerjasama KRT dan Persatuan Penduduk dan makan tengah hari.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama